BAGAIMANA TRIPLE MERAWAT


Bagaimana ia berfungsi ?
Analisis selanjutnya munujukkan bahawa campuran herba pada Triple-T berupaya untuk meyembuhkan sel-sel hati yang rosak dan buah pinggang yang cedera. Penemuan ini mencadangkan supaya campuran herba Triple-T dimasukkan ke dalam amalan minuman harian kerana potensinya dalam regenerasi sel hati dan buah pinggang yang rosak .

Siapa yang boleh minum Triple-T ?
Selain dari mereka yang mempunyai masalah hati dan buah pinggang, produk ini juga disyorkan sebagai minuman sihat untuk semua orang. Masalah yang semakin meningkat yang berkaitan dengan hati dan buah pinggang seperti obesiti, kencing manis, sirosis dan hemodialisis telah meletakkan Triple-T ini dalam permintaan yang sangat tinggi .

Bagaimana cara Triple-T diproses?
Triple-T byDRAZLAN adalah gabungan herba yang sangat unik. Tidak seperti teh lain, Triple-T byDRAZLAN diproses secara saintifik menggunakan teknik pengeringan sejuk. Teknik ini telah terbukti dapat mengekalkan khasiat-khasiat yang terkandung didalam gabungan herba formulasi Dr Azlan. Kajian ketoksikan yang dijalankan oleh Asst. Prof. Dr Norazlanshah dan pasukannya menunjukkan bahawa sampel ini adalah tinggi dalam antioksidan, selamat dan tidak beracun untuk dimakan

Memanjangkan hayat- Banyak kajian telah membuktikan antioksidan yang terdapat dalam teh dapat melindungi tubuh daripada penyakit tertentu seperti masalah sakit jantung, strok dan kanser. Flanovoid iaitu sejenis antioksidan yang terdapat dalam 3 cawan teh adalah lapan kali lebih kuat dari yang diperoleh daripada sebiji epal. Satu kajian telah dilakukan di daerah Schizouka, Jepun pada tahun 1994. Hasilnya, kadar kematian masyarakat di situ 10 hingga 15 peratus lebih rendah dibandingkan dengan kadar kematian di daerah Jepun yang lainnya.

Pencegah kanser- Menurut satu kajian yang diterbitkan dalam Journal of Cellular Biochemistry edisi Julai, kandungan polifenol yang terdapat dalam teh berperanan sebagai pencegah kanser. Daun teh hijau yang telah dikeringkan mempunyai 40% kandungan polifenol. Polifenol adalah sejenis antioksidan yang sangat kuat yang mana ia mampu meneutralkan radikal bebas yang menjadi penyebab kanser. Selain itu, sejak 20 tahun lalu telah dilakukan kajian terhadap teh hijau ni dan kesannya terhadap kanser melalui percubaan terhadap haiwan. Sejak itulah pengambilan teh hijau ni makin dipercayai dapat mengurangkan risiko terkena penyakit kanser.