Fakta kesihatan yang anda wajib tahu 🌅
✅Tubuh kita bekerja 24/7 tanpa henti untuk menyingkirkan toksin yang sentiasa masuk dalam sistem badan. Toksin dapat masuk melalui pendedahan luaran seperti makanan, minuman, ubat-ubatan, bahan-bahan kimia, logam-logam berat, pencemaran, radioaktif dan banyak lagi; dan pendedahan dalaman seperti hasil sampingan detoksifikasi yang menghasilkan radikal bebas contohnya sisa makanan dalam usus yang terlalu lama meningkatkan penghasilan bakteria dan ini akan menghasilkan toksin yang seterusnya akan masuk semula kedalam saluran darah.
✅Walaupun tubuh kita berupaya menjalankan proses penyingkiran toksin secara semulajadi, namun jumlah, kelajuan dan keberkesanan penyingkirannya adalah berbeza bagi setiap individu. Sekiranya pengumpulan toksin ini terlalu tinggi pada hati dan buah pinggang, boleh menyebabkan kegagalan organ-organ tersebut untuk berfungsi seterusnya menjadi punca kerosakan hati dan buah pinggang.
✅Banyak perkara boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang, tetapi paling utama ialah kencing manis (diabetes mellitus) dan tekanan darah tinggi (hipertensi).
✅Proses kerosakan buah pinggang berlaku secara perlahan-lahan dan mengambil masa lama. Ia lebih kerap berlaku di kalangan berumur (tiga kali ganda berbanding golongan muda). Justeru, gejalanya sering tidak disedari hinggalah buah pinggang gagal berfungsi. Ramai tidak sedar perkara ini hinggalah mereka menjalani pemeriksaan kesihatan.